5 penyelamat terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

5 penyelamat terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya lima anggota penyelamat dari pasukan pertahanan awam terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Palestin dalam satu kenyataan.

Lapor CNN, menurut kementerian, beberapa lagi anggota penyelamat mengalami kecederaan dalam serangan tersebut.

“Dua daripada anggota penyelamat yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal,” jelasnya.

Tambah kementerian, serangan udara itu memusnahkan ibu pejabat Pertahanan Awam yang terletak di kawasan Al-Tuffah, timur kota Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN