300 rakyat Palestin terkorban hari kelapan Israel serang Gaza - Utusan Malaysia

300 rakyat Palestin terkorban hari kelapan Israel serang Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata, kebanyakan yang terbunuh semalam terdiri kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, seramai 800 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.

Sejak 7 Oktober lalu, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman, selain menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera, dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN