GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, seramai 29 kakitangannya terbunuh sejak perang antara Hamas dan Israel meletus dua minggu lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam satu kenyataan mengakui sedih dengan peningkatan jumlah kematian anggotanya.
Badan itu sebelum ini melaporkan kematian seramai 17 kakitangannya.
“Separuh daripada rakan sekerja yang terkorban ini adalah guru,” tambah agensi tersebut mengenai jumlah kematian terbaharu itu.
Ribuan penduduk Gaza mencari perlindungan di kemudahan UNRWA sejak Israel melancarkan serangan balas terhadap Hamas.
Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata, lebih 4,651 orang terbunuh akibat serangan kejam itu.