GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 2,269 penduduk Palestin terbunuh dan 9,814 cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.
Angka kematian itu merangkumi 2,215 orang terkorban dan 8,714 cedera di Gaza.
Jelas kementerian, sekurang-kurangnya 54 penduduk Palestin maut dan 1,100 cedera dilaporkan di Tebing Barat. – AGENSI