Tokyo pula lancar misi ke bulan, roket dijangka tiba di bulan 2024

Tokyo pula lancar misi ke bulan, roket dijangka tiba di bulan 2024

ROKET H2A yang membawa pendarat bulan berlepas di Pusat Angkasa Tanegashima. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun melancarkan misi ke bulan semalam menerusi pelancaran roket H2A yang membawa pendarat bulan.

Pelancaran itu merupakan satu daripada usaha Jepun untuk merealisasikan pendaratan pertama negara ini ke bulan.

Hanya Amerika Syarikat (AS), Russia, China dan India yang berjaya melancarkan misi ke bulan setakat ini.

Lapor agensi berita Xinhua, roket itu berjaya dilancarkan selepas mengalami tiga kali penangguhan dalam seminggu pada bulan lalu akibat cuaca buruk.

Disaksikan kira-kira 35,000 orang secara dalam talian, roket H2A berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima dan dijangka tiba di bulan pada awal 2024.

Roket itu membawa Smart Lander JAXA untuk Menyiasat Bulan (SLIM) yang antara fungsinya ialah menunjukkan teknik pendaratan yang tepat dan memeriksa batu-batuan di bulan.

SLIM diberi nama gelaran sebagai ‘Moon Sniper’ kerana ia direka untuk mendarat dalam jarak 100 meter di kawasan sasaran di permukaan bulan.

Jika misi itu berjaya, Jepun akan menjadi negara kelima di dunia yang melakukan pendaratan di bulan.

Roket buatan tempatan itu juga membawa Misi Pengimejan dan Spektroskopi X-Ray (XRISM) untuk memerhati plasma dalam bintang dan galaksi.

Pelancaran itu merupakan yang pertama melibatkan roket besar Jepun selepas pelancaran sulung roket generasi akan datang, H3 gagal pada Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN