Restoran dikecam gara-gara tawar set makanan 'antiradiasi' - Utusan Malaysia

Restoran dikecam gara-gara tawar set makanan ‘antiradiasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Sebuah restoran ala Jepun di Shanghai dikecam teruk pengguna media sosial, gara-gara menawarkan set makanan ‘antiradiasi’.

Hidangan tersebut mula diperkenalkan pada 25 Ogos lalu, sehari selepas Tokyo membuang sisa air terawat radioaktif dari loji nuklear Fukushima.

Ia bagaimanapun menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang mempertikaikan harga set itu termasuk tomato, edamame, tauhu dan bayam yang didakwa tidak masuk akal kerana mencecah sehingga 180 yuan (RM115).

Susulan kontroversi itu, restoran berkenaan bertindak mengeluarkan set makanan tersebut daripada menu setelah rangkaian media di China memetik kenyataan pakar mendakwa ia berpotensi menjadi isu undang-undang.

Ketika ini kebanyakan pemilik premis yang ada kaitan dengan menu Jepun bertindak menukar menu mereka kerana bimbang diboikot pengguna yang bimbang dengan kesan radiasi kepada kesihatan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN