Pengunjung guna suar punca Bukit Teletubbies terbakar

Pengunjung guna suar punca Bukit Teletubbies terbakar

PETUGAS memeriksa keadaan tanah yang terjejas akibat kebakaran hutan di Gunung Bromo, Jawa Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kebakaran hutan dan tanah di Lembah Savana atau Bukit Teletubbies di Gunung Bromo di Jawa Timur yang dicetuskan oleh kumpulan pengunjung yang mengambil gambar pra-perkahwinan berjaya dipadamkan.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Malang menganggarkan sekurang-kurangnya 500 hektar tanah di kawasan Bromo terjejas.

“Ini masih merupakan anggaran awal daripada pengiraan visual, jadi masih ada kemungkinan kawasan yang terjejas akan menjadi lebih besar. Di bahagian Watangan dan Keciri terdapat dua tompok api tetapi sudah mula mengecil,” kata Ketua Logistik BPBD Malang, Sadono Irawan.

Sebelum ini dilaporkan kawasan Bukit Teletubbies di Gunung Bromo kembali mengalami kebakaran hutan dan tanah berpunca daripada pengunjung yang menyalakan suar pada sesi foto pra-perkahwinan minggu lalu.

Akibat kejadian ini, pelancongan Gunung Bromo dan kawasan sekitarnya terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan proses memadam kebakaran itu.

Polis Probolinggo turut mendakwa suspek berusia 41 yang juga perancang perkahwinan dari Lumajang.

Suspek dikenal pasti selepas pihak berkuasa menemui dua bukti dan dikesan tidak mempunyai permit untuk memasuki kawasan hutan simpan itu.

Ketua BPBD Jatim, Gatot Soebroto bersama Ketua Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Hendro Widjanarko turut mengetuai operasi pembasahan di beberapa titik di kawasan hutan tersebut.

“Seperti yang diarahkan oleh Gabenor, Khofifah Indar Parawansa, kami mahu memastikan api dan asap di Gunung Bromo padam sepenuhnya,” kata Gatot.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN