Pengamal media perlu pegang etika kewartawanan - Jokowi

Pengamal media perlu pegang etika kewartawanan – Jokowi

JOKOWI menghadiri Kongres Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) ke-XXV di Solo. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meminta pengamal media supaya jangan bersaing sesama dan tidak menghasilkan bahan berita berbentuk provokasi yang mampu menjadi tular.

Malah, pemimpin tertinggi itu menasihatkan semua pengamal media untuk mendukung prinsip pelaporan berita yang tepat dan sentiasa berpegang pada etika kewartawanan.

“Sekali lagi saya mahu mengingatkan bahawa jangan bersaing hanya kerana mahu menjadikan bahan berita itu viral, heboh dan menarik untuk dibaca.

“Saya rasa kita perlu mengelak perkara seperti itu,” katanya pada majlis pembukaan Kongres Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) ke-XXV di Istana Negara Jakarta.  

Menurut Jokowi, beliau memahami bahawa industri media ketika ini berdepan cabaran yang begitu sengit.

Katanya, ia disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi dan dunia digital.

“Saya tahu industri media pada masa ini melalui tekanan dan banyak cabaran terutamanya berkaitan kemajuan dalam dunia digital,” katanya.    

Jelas beliau, situasi demikian tidak hanya dirasai oleh industri media di republik itu sahaja tetapi di semua negara.

Sementara itu, Jokowi berkata, selaras dengan pertumbuhan pesat, kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) turut menjadi perbincangan khas pada Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung di India.

“Pada sidang G20 terakhir, enam negara berbincang secara khusus mengenai AI.

“Hampir semua negara-negara besar dan saya perhatikan wujudnya kebimbangan besar mengenai AI,” katanya. – AGENSI 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN