Patung Merlion ditutup kepada orang awam, jalani kerja pembaikan sehingga Disember - Utusan Malaysia

Patung Merlion ditutup kepada orang awam, jalani kerja pembaikan sehingga Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Arca Merlion yang ikonik di Taman Merlion akan menjalani kerja-kerja pembaikan dari Isnin (25 Sep) hingga 13 Disember ini.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB), menyatakan, sepanjang tempoh itu, arca Merlion tidak dibuka kepada orang ramai.

Dalam pada itu, orang ramai boleh bergambar dengan arca ‘anak’ Merlion di Taman Merlion tersebut.

STB juga memohon kerjasama dan pemahaman orang ramai berhubung hadangan dan kerja-kerja yang dijalankan boleh menyebabkan sedikit gangguan semasa tempoh tersebut.

Kerja-kerja penyenggaraan ke atas arca Merlion sebelum ini dijalankan dari 27 hingga 28 Julai lalu.

Arca yang dihasilkan oleh tukang batu tempatan, Lim Nang Seng itu menyambut ulang tahunnya yang ke-50, tahun lalu.

Ia dirasmikan pada 15 September 1972 oleh mendiang Encik Lee Kuan Yew, yang juga Perdana Menteri pada waktu itu, di muara Sungai Singapura.

Merlion kemudian dipindahkan ke kawasan Merlion Park pada 2002, di hadapan Hotel Fullerton, dengan pemandangan Marina Bay, selepas pembinaan Esplanade Bridge pada 1997.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN