Indonesia tingkat usaha stabilkan harga beras

Indonesia tingkat usaha stabilkan harga beras

ZULKIFLI Hasan berbual dengan peniaga ketika membuat tinjauan di Pasar Johar di Kota Semarang, Jawa Tengah.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Kementerian Perdagangan Indonesia menegaskan akan terus melakukan pelbagai usaha untuk menstabilkan harga beras yang mengalami lonjakan di beberapa daerah.

Menteri Perdagangan Menteri Perdagangan, Zulkifli Hasan menegaskan, kerajaan komited memastikan ketersediaan beras kepada masyarakat melalui program seperti bantuan makanan dan pasar murah dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Jangan risau, stok banyak. Pada masa ini kita mempunyai 1.6 juta tan beras dan akan menambah 400,000 tan lagi. Jadi, beras masih banyak.

“Saya sudah menjelajah seluruh Indonesia dan berkoordinasi secara intensif dengan Badan Makanan Nasional dan Badan Urusan Logistik bagi memastikan masalah beras terkawal,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan turut memperkenalkan program bantuan sebanyak 10 kilogram beras setiap keluarga kepada 21.3 juta penerima yang akan dilaksanakan mulai September hingga November ini.

“Kerajaan juga bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengadakan pasar murah. 

“Pemantauan yang saya buat di Pasar Johar juga mendapati harga beras dan  komoditi lain masih stabil.

“Semoga harga beras boleh turun sedikit demi sedikit,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN