'Bunyi bangunan runtuh seperti ombak besar'

‘Bunyi bangunan runtuh seperti ombak besar’

ORANG ramai menunggu di luar premis hotel selepas gempa bumi kuat menggegarkan Maghribi pada Jumaat lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKABUMI: Ketua Daerah Sukabumi, Jawa Barat, Marwan Hamami menjadi satu daripada mangsa yang terselamat dalam tragedi gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada Jumaat lalu.

Marwan berada di Maghrini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Ke-10 Geopark Global UNESCO yang dianjurkan oleh M’Goun UNESCO Global Geopark Maghribi.

Setiausaha Jabatan Komunikasi Maklumat dan Kod Sukabumi, Herdy Somantri memaklumkan, hotel tempat penginapan Marwan mengalami keretakan akibat gempa tersebut.

Disebabkan insiden itu, Marwan dan sejumlah pengunjung hotel yang lain terpaksa tidur di luar premis sebagai langkah keselamatan.

“Keretakan yang berlaku di hotel tersebut boleh menyebabkan premis berkenaan runtuh tiba-tiba dan sebagai keselamatan, semua pengunjung termasuk Marwan perlu bermalam di luar,” ujar Herdy.

Herdy memaklumkan, Marwan dan rombongannya dalam keadaan baik dan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Ketua daerah Kebumen, Jawa Tengah, Arif Sugiyanto turut menghadiri persidangan yang sama ketika gempa berlaku.

“Bunyi bangunan runtuh seperti ombak besar dengan bunyi barang-barang jatuh, amat menakutkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN