Ais panggang menu pelik di China

Ais panggang menu pelik di China

TANGKAP layar rakaman menunjukkan kuib ais panggang yang diperasakan dengan sos dan rempah ratus. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Beberapa rakaman video memaparkan penduduk memanggang kuib ais yang diperasakan dengan sos dan rempah ratus, tular dalam laman media sosial di China.

Malah, video yang tular itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Lapor Oddity Central, menurut beberapa media tempatan, snek pelik itu terkenal selepas tular klip pendek dirakam di sebuah gerai makanan jalanan di Nanchang, Wilayah Jiangxi.

Video itu menunjukkan beberapa ketulan ais besar sedang dipanggang dan diperisakan dengan sos dan rempah, sebelum dihidangkan di atas pinggan.

“Kami tidak dapat melihat sesiapa memakan hidangan itu tetapi ia nampaknya sangat popular pada musim panas kerana ditawarkan sebagai hidangan percuma.

“Selepas video asal menjadi tular, saluran berita China berjaya menjejaki pengusaha gerai makanan jalanan itu dan mengetahui lebih lanjut mengenai hidangan popularnya.

“Rupa-rupanya, lelaki itu mendapat idea untuk membuat ais panggang pada musim panas sebagai salah satu cara menyejukkan badan,” jelas laporan itu.

Pada mulanya, hidangan ais panggang itu dilakukan sekadar gurauan namun ada yang menyukainya sehingga ia mula dijual kepada orang ramai.

Meskipun, makanan pelik itu tidak melibatkan sebarang bayaran tetapi orang ramai yang ingin mencubanya perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Dilaporkan, penyediaan hidangan itu amat rumit kerana ia dimasak dengan api terbuka namun tidak cukup untuk ais cair sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN