Tegur pelajar hisap rokok, guru hampir buta kena lastik - Utusan Malaysia

Tegur pelajar hisap rokok, guru hampir buta kena lastik

ZAHARMAN mengalami kecederaan pada matanya selepas dilastik oleh bapa seorang pelajarnya dalam satu kejadian di Bengkulu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKULU: Seorang guru di Rejang Lebong nyaris kehilangan mata kanannya kerana dilastik bapa seorang pelajar dalam satu kejadian, kelmarin.

Zaharman, 58, turut diancam dengan senjata oleh bapa pelajar tersebut.

Insiden itu berlaku selepas bapa tersebut tidak menerima anaknya ditegur oleh Zaharman kerana merokok di belakang sekolah ketika waktu pembelajaran.

Biarpun menjadi mangsa, Zaharman juga disiasat polis selepas pelajar tersebut membuat laporan polis mendakwa guru itu melakukan kekerasan terhadapnya.

Jurucakap polis Rejang Lebong, Denyfita Mochtar mengesahkan perkara berkenaan.

“Pelajar itu mendakwa Zaharman menendangnya di bahagian muka sebelah kiri.

“Pelajar itu turut membawa laporan perubatan mengenai kecederaan pada bahagiam pipinya.

Pelajar itu menegaskan dia tidak merokok seperti yang didakwa guru berkenaan,” kata Denyfita.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, polis masih mengumpul semua bukti bagi membolehkan pendakwaan dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya