Suu Kyi diberi pengampunan negara, tapi masih dipenjara - Utusan Malaysia

Suu Kyi diberi pengampunan negara, tapi masih dipenjara

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Junta tentera di Myanmar hari ini memberikan pengampunan negara kepada pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi, menurut laporan media tempatan.

Bekas Presiden Win Myint juga akan diberikan pengampunan, lapor Agensi Anadolu memetik Myanmar Now.

Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.

Pengampunan itu dibuat sehari selepas junta melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan, kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.

“Pengampunan tidak akan memaafkan Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint atas semua kesalahan yang didakwa, tetapi hanya mengurangkan hukuman mereka,” tambah laporan itu.

Bulan lalu, laporan mendedahkan Suu Kyi bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa sebarang syarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN