Polis siasat isu gangguan seksual finalis Miss Universe Indonesia

Polis siasat isu gangguan seksual finalis Miss Universe Indonesia

MELISSA Anggraini (tengah) menunjukkan laporan polis berhubung gangguan seksual yang dibuat anak guamnya di Balai Polis Metro Jaya.-AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis sedang menjalankan sisatan berhubung kes gangguan seksual yang dialami beberapa finalis Miss Universe Indonesia ketika menyertai pertandingan ratu cantik itu minggu lalu.

Ketua Sub Direktorat Belia, Kanak-Kanak dan Wanita Polis Wilayah Metropolitan Jabodetabek, Yuliansyah memaklumkan, polis sedang meneliti kes itu dan akan memanggil mangsa yang terlibat.

Isnin lalu, seorang finalis program ratu cantik berkenaan membuat laporan polis terhadap syarikat PT Capella Swastika Karya  yang kini memegang lesen Miss Universe di Indonesia.

Peguam yang mewakili wanita berkenaan, Melissa Anggraini berkata, pada 1 Ogos lalu, peserta diminta menanggalkan pakaian untuk menjalani pemeriksaan tubuh badan di ballroom hotel tempat mereka menginap.

Jelas Melissa, pemeriksaan itu dijalankan di hadapan kru lelaki dan gambar finalis dalam keadaan berbogel ketika pemeriksaan itu turut dirakam petugas berkenaan.

“Finalis tiba-tiba diarahkan melakukan pemeriksaan tubuh badan yang tidak disenaraikan pun dalam jadual program.

“Perkara ini menjatuhkan martabat wanita dan membuatkan anak guam kami berasa dimalukan jika gambar berkenaan tersebar,” kata Melissa.

Dalam sidang media yang diadakan Isnin lalu, Pengarah Visual Miss Universe Indonesia, Rio Motret mengesahkan gambar bogel finalis tersebut sudah dipadamkan dan beliau bersama beberapa pegawai tertinggi pertandingan dilaporkan meletak jawatan ekoran insiden tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya