PM Kanada, isteri umum berpisah

PM Kanada, isteri umum berpisah

JUSTIN Trudeau dan isterinya mengumumkan perpisahan selepas berkahwin selama 18 tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan beliau dan isterinya, Sophie Gregoire-Trudeau akan berpisah selepas 18 tahun berkahwin.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Trudeau memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas ‘banyak perbincangan bermakna dan sukar’ dilakukan antara mereka berdua.

Kenyataan dari pejabat Trudeau menyatakan, pasangan itu sudah pun menandatangani perjanjian perpisahan yang sah.

Katanya, pasangan itu dan tiga anak mereka bakal kekal sebagai keluarga yang rapat dan akan terus hadir dalam kehidupan anak-anak mereka.

Mereka juga meminta supaya diberikan masa untuk ‘bertenang dan bersendirian’ sebelum menyertai percutian keluarga yang dijadualkan pada minggu depan.

Trudeau dan isterinya yang merupakan bekas wartawan hiburan merupakan rakan sejak zaman kanak-kanak dan berjumpa semula pada 2003 menerusi satu majlis.

Kemudian, pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 2005 di Montreal dan hasilnya, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Xavier, 15, Ella Grace, 14, dan Hadrien yang berusia sembilan tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya