Isu pelantikan PM Thailand: Mahkamah tolak permohonan semakan Pita

Isu pelantikan PM Thailand: Mahkamah tolak permohonan semakan Pita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand menolak permohonan semakan kehakiman difailkan oleh parti diterajui Pita Limjaroenrat, Move Forward bagi meneliti semula keputusan Parlimen.

Permohonan semakan itu meminta mengkaji semula keputusan Parlimen yang menghalang calon Perdana Menteri partinya daripada dicalonkan semula.

Mahkamah Perlembagaan Thailand enggan mendengar kes permohonan semakan itu sekali gus membuka jalan kepada undian pemilihan pimpinan baharu di Parlimen.

Keputusan itu juga bermakna pengundian pemilihan perdana menteri baharu boleh diadakan seawal Jumaat ini.

Malah, ia juga dijangka menamatkan kebuntuan politik yang mencengkam kerajaan itu sejak pilihan raya umum pada Mei lalu.

“Mahkamah Perlembagaan bersetuju sebulat suara untuk tidak menerima kes itu untuk perbicaraan,” jelas mahkamah dalam satu kenyataan.

Terdahulu, gabungan parti Move Forward memfailkan petisyen kepada mahkamah untuk memutuskan kesahihan keputusan 19 Julai lalu oleh penggubal undang-undang untuk menghalang Pita daripada dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Thailand buat kali kedua selepas kegagalannya pada percubaan pertama.

Move Forward memenangi pilihan raya umum Mei lalu dengan meraih sokongan banyak daripada golongan belia dan penduduk bandar untuk platform dasar liberalnya, yang menimbulkan ancaman kepada monopoli perniagaan dan kuasa politik tentera.

Namun, usaha parti itu untuk membentuk kerajaan gagal mendapat sokongan mencukupi, dengan bantahan luas terhadap rancangannya untuk meminda undang-undang yang direka untuk melindungi monarki daripada kritikan. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya