Ibu desak anak usia 16 tahun bercerai dengan isteri umur 41 tahun - Utusan Malaysia

Ibu desak anak usia 16 tahun bercerai dengan isteri umur 41 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN: Seorang ibu mendesak anaknya bercerai dengan isterinya selepas tidak sampai sebulan melangsungkan perkahwinan.

Hal ini kerana, wanita tersebut, Lisa menerima banyak kecaman dan mungkin berdepan tindakan undang-undang selepas membenarkan anak lelaki yang berusia 16 tahun berkahwin dengan wanita berusia 41 tahun.

Perkahwinan itu berlangsung pada 30 Julai lalu di Desa Bekut, Sambas, Kalimantan Barat antara Kevin dan Mariana.

“Daripada dihukum undang-undang, lebaik bercerai dengan anak saya. Saya tidak mahu dituduh paksa anak bernikah.

“Ini (bercerai) merupakan jalan terbaik untuk mereka berdua. Saya juga ada hak kerana Kevin itu anak saya, saya yang lahirkan dia,” katanya.

Lisa sebelum ini menafikan matlamatnya membenarkan Kevin berkahwin dengan Mariana kerana ingin merebut harta wanita itu.

Katanya, dia sebelum ini tidak mempunyai masalah untuk mengahwinkan anaknya dengan Mariana, namun pelbagai isu mula timbul selepas mereka berkahwin.

Tambah Lisa, keputusan untuk memisahkan mereka adalah demi melindungi Kevin dan mengelakkan pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Saya tidak mahu digelar mata duitan dan jika saya tahu akan berlaku perkara seperti ini, sudah tentu saya tidak akan izinkan mereka berkahwin,” ujarnya.

Perkahwinan itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang mempersoalkan tindakan undang-undang dalam melindungi golongan kanak-kanak bawah umur daripada perkahwinan tidak sah.

Sementara itu, Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Kalimantan Barat memandang serius kes tersebut dan meminta bantuan polis untuk melakukan siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya