Filipina dakwa China sekat, guna meriam air ke arah kapalnya di Laut China Selatan - Utusan Malaysia

Filipina dakwa China sekat, guna meriam air ke arah kapalnya di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina menuduh pengawal pantai China menyekat dan melepaskan tembakan meriam air ke arah sebuah kapal bekalan tenteranya di Laut China Selatan, sekali gus mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampau.

Angkatan Tentera Filipina dalam satu kenyataan mendakwa kejadian berlaku berhampiran Beting Second Thomas yang dipanggil sebagai Beting Ayungin di mana sejumlah tenteranya tinggal di dalam sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) era Perang Dunia Kedua yang sengaja didaratkan pada 1999.

Menurut kenyataan itu, pergerakan berbahaya pengawal pantai China menghalang bot kedua daripada memunggah bekalan dan menyelesaikan misinya.

“Pada Sabtu, sebuah kapal Pengawal Pantai China menghadang serta melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal sewaan khas Filipina yang sedang dalam misi rutin membabitkan pembekalan semula dan penggiliran tentera.

“Tindakan itu dilakukan tanpa menghiraukan keselamatan orang yang berada di atas kapal terbabit, selain melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Pengawal Pantai Filipina berkata, tindakan China itu melanggar undang-undang, termasuk dua konvensyen antarabangsa dan keputusan daripada tribunal global.

Setakat ini, Kedutaan China di Manila tidak memberi respons kepada permintaan untuk memberikan komen berhubung isu tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya