Bekas PM, Thaksin tangguh pulang ke Thailand

Bekas PM, Thaksin tangguh pulang ke Thailand

THAKSIN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang ketika ini hidup dalam buangan, sekali lagi menangguhkan hasratnya untuk pulang ke negara itu pada bulan ini.

Kenyataan itu dibuat ketika Thailand berdepan kebuntuan politik selepas pilihan raya umum pada Mei lalu dimenangi pihak lawan parti sokongan tentera.

Thaksin dalam satu hantaran di aplikasi X menyatakan bahawa beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan menangguhkan kepulangan selama beberapa minggu.

Bekas pemimpin itu pada asalnya merancang untuk pulang ke Thailand pada 10 Ogos ini.

Thaksin sebelum ini pernah menyatakan akan kembali ke Thailand pada Julai namun ia ditangguhkan.

Bekas pemimpin itu berdepan hukuman penjara selama 10 tahun bagi beberapa kes yang mana beliau disabitkan oleh mahkamah agung.

Thaksin memperoleh kekayaan dalam perniagaan telekomunikasi dan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand dari 2001 sehingga beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006.

Beliau kini hidup dalam buangan selepas meninggalkan Thailand pada tahun 2008 untuk mengelakkan berdepan hukuman penjara atas tuduhan penyelewengan wang.

Parti Pheu Thai yang disokong oleh Thaksin menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum pada 14 Mei. – REUTERS/ AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya