Bekas pegawai kerajaan ditahan bantu perlombongan nikel haram

Bekas pegawai kerajaan ditahan bantu perlombongan nikel haram

RIDWAN Djamaluddin ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didakwa membantu kegiatan perlombongan haram. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pejabat Peguam Negara (AGO) Indonesia menahan seorang bekas pegawai tertinggi Kementerian Perlombongan yang didakwa membantu kegiatan perlombongan nikel secara haram.

Perbuatan Bekas Ketua Pengarah Mineral dan Arang Batu Kementerian Perlombongan, Ridwan Djamaluddin, yang menyalahi undang-undang itu mengakibatkan kerugian 5.7 trilion rupiah (RM1.17 bilion) hasil negeri.

Dia bertanggungjawab menyelia dan menyelaras prosedur kelulusan bagi rancangan kerja tahunan pelombong pada 2021, dengan beberapa firma diberikan kelulusan melombong mineral nikel.

Dalam kenyataan, AGO memaklumkan, pelombong terbabit kemudian menggunakan kelulusan untuk melombong kawasan yang bukan di bawah konsesinya.

Usaha Reuters untuk mendapatkan Ridwan bagi mengulas mengenai penahanannya setakat ini tidak berjaya.

Sementara itu, Jurucakap AGO, Ketut Sumedana, berkata 10 suspek turut disoal siasat berhubung kes berkenaan.

Indonesia mempunyai rizab bijih nikel terbesar di dunia, komponen penting untuk bateri kenderaan elektrik (EV).

Indonesia komited menjadi hab pengeluaran EV dan mengharamkan eksport nikel mentah pada 2020 bagi mengekalkan bekalan domestik, dalam usaha menarik pelabur asing menubuhkan kemudahan pengeluaran di negaranya.

Menurut AGO, syarikat yang didakwa terbabit melombong di atas tanah seluas 157 hektar, yang juga sebahagian daripada konsesi milik syarikat perlombongan negeri Aneka Tambang (ANTAM), mengakibatkan kerugian besar hasil negeri. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya