Aceh perkukuh peraturan ikut syariah Islam

Aceh perkukuh peraturan ikut syariah Islam

HUKUMAN rotan dilakukan terhadap masyarakat yang melanggar peraturan syariah di Aceh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Pejabat Gabenor Aceh mengeluarkan Surat Edaran yang mengandungi pemerkasaan pelaksanaan peraturan mengikut syariah Islam bagi semua penjawat awam dan masyarakat di wilayah ini.

Antara peraturan yang dimaklumkan dalam surat itu adalah golongan lelaki dan perempuan bukan muhrim dilarang berdua-duaan di dalam kenderaan atau pun di tempat umum.

“Tidak boleh berdua-duaan antara lelaki dan wanita bukan muhrim, terutamanya di tempat yang sepi, tempat umum atau kenderaan.

“Gerai makan, kafe dan perniagaan lain juga tidak boleh beroperasi melebihi pukul 12 malam,” menurut kandungan dalam surat edaran tersebut.

Bagi memastikan semua peraturan itu dipatuhi dan dilaksanakan dengan lancar, polis syariah akan dikerahkan berkawal dan membuat rondaan secara kerap.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Muhammad MTA berkata, surat edaran itu dikeluarkan selepas gabenor selesai mengadakan pertemuan dengan Majlis Ulama Aceh, baru-baru ini.

Katanya, surat edaran itu bertujuan mewujudkan golongan yang kuat pegangan agamanya dan ‘tahan budaya negatif’.

“Aceh perlu berbeza dengan wilayah yang lain. Menjelang 2045, Aceh bukan sahaja matang dalam menghadapi persaingan global, malah mempunyai bekalan agama yang kuat, agar tidak mudah dipengaruhi budaya negatif.

“Kita mahu membentuk generasi yang memegang teguh nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

“Masyarakat yang berpegang teguh terhadap agama akan membentuk wilayah atau negara yang maju,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya