Terkunci anak dalam kereta ketika cuaca panas, lelaki pecah cermin kereta

Terkunci anak dalam kereta ketika cuaca panas, lelaki pecah cermin kereta

TANGKAP layar video menunjukkan bayi diselamatkan selepas terperangkap dalam kereta diparkir di bawah sinar matahari terik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang lelaki terpaksa memecahkan cermin depan keretanya untuk menyelamatkan bayinya yang terperangkap dalam kenderaan diparkir di bawah sinar matahari terik ketika gelombang haba terus melanda Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Mail, rakaman video menunjukkan aksi cemas bapa berusaha menyelamatkan bayinya di sebuah tempat parkir di Arlington, Texas, menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat berulang kali cuba memecahkan cermin keretanya dengan spanar tukar tayar untuk menyelamatkan bayinya.

“Ketika suhu mencecah hampir 37 darjah Celsius, orang ramai menyaksikan kejadian itu sebelum seorang lagi lelaki tampil membantu individu memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan tiang besi lebih besar.

“Akhirnya, kedua-dua lelaki itu berjaya memecahkan cermin kereta sehingga ia cukup besar untuk memanjat dan membawa keluar anak kecil itu,” jelas laporan.

Sebuah lagi klip video tular menunjukkan seorang wanita memanjat kereta yang cermin depannya sudah dipecahkan untuk mengeluarkan bayi yang terperangkap.

Jabatan Polis Harlingen memaklumkan ibu bapa bayi itu secara tidak sengaja mengunci kereta dengan kunci dibiarkan di dalam kenderaan bersama anak mereka.

Jelasnya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) ketika cuaca panas mula memuncak.

Sementara itu, pegawai polis Harlingen, sarjan Larry Moore berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai selepas bayi itu diselamatkan.

Katanya, pasukan perubatan kecemasan juga tiba di tempat kejadian dan menjalankan pemeriksaan ke atas bayi itu.

“Walaupun tertekan akibat kejadian itu, bayi berkenaan masih berada dalam keadaan baik,” jelasnya.

Setakat ini, tidak dapat pastikan berapa lama bayi itu terperangkap dalam kereta tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya