Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Tentera Zionis tembak mati remaja Palestin di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin dalam serbuan ke atas bandar Qalqilya di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu malam.

Remaja berusia 16 tahun yang cedera parah di kepala itu dibawa ke Hospital Negeri Qalqilya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Butiran identiti remaja itu tidak didedahkan.

Tentera Israel menyerbu daerah Nakkar di bahagian barat Qalqilya pada sebelah malam, menurut maklumat yang diperoleh Anadolu daripada saksi tempatan.

Tentera rejim menggunakan peluru hidup dan getah serta gas pemedih mata ke atas pemuda Palestin yang cuba menghalang serbuan dengan membaling batu dan bom petrol.

Walaupun Israel masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu, serbuan berkenaan dilapor dibuat dengan tujuan menahan orang yang dikehendaki.

Sejak awal tahun ini, Tebing Barat menjadi tegang kerana serangan berulang kali tentera Israel ke atas bandar-bandar Palestin, menahan dan membunuh individu dianggap “dikehendaki”, serta serangan berulang pendatang Israel ke atas kampung dan pekan Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya