Tentera Indonesia antara tersedikit dunia, Prabowo tingkat pertahanan

Tentera Indonesia antara tersedikit dunia, Prabowo tingkat pertahanan

PRABOWO Subianto serius mahu meningkatkan sistem pertahanan Indonesia bagi mengelakkan negara ini dijajah sekali lagi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan sistem pertahanan negara ini perlu serius diperkasakan dari semasa ke semasa.

Hal ini kerana, Parabowo menyatakan jumlah anggota tentera Indonesia antara yang paling sedikit di dunia, sedangkan Indonesia merupakan negara keempat terbesar di dunia.

Beliau turut membandingkan sistem pertahanan negara ini dengan republik Singapura dari segi jumlah penduduknya sedikit, namun mempunyai pesawat tempur yang lebih banyak dan canggih.

“Kita merupakan negara keempat terbesar di dunia, tapi mempunyai jumlah tentera paling sedikit berbanding Singapura yang hanya ada lima juta penduduk, tetapi jumlah pesawat tempurnya lebih banyak dari Indonesia.

“Tujuan saya mahu memperkasakan sistem pertahanan negara ini bukanlah untuk mengancam mana-mana pihak, tetapi mahu memastikan Indonesia ‘tidak diganggu’ oleh mana-mana pihak lain,” katanya.

Selain itu, Prabowo juga menegaskan, memperkasakan sistem pertahanan negara merupakan kewajipan supaya Indonesia tidak lagi dijajah di kemudian hari.

“Meningkatkan sistem pertahanan negara adalah kewajipan semua pihak kerana siapa dalam kalangan kita yang mahu dijajah sekali lagi?

“Kita tidak boleh pandang enteng mengenai apa-apa perkara berkaitan sistem pertahanan negara kerana jika lemahnya pertahanan, maka lemahlah semua aspek di negara kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN