Suu Kyi mungkin jalani hukuman tahanan rumah

Suu Kyi mungkin jalani hukuman tahanan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Junta tentera Myanmar berkemungkinan memindahkan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dari penjara bagi menjalani hukuman tahanan rumah di Naypyitaw.

Perkara tersebut dilaporkan oleh dua media pada hari ini.

Menurut laporan Associated Press yang memetik kenyataan seorang pegawai keselamatan, tindakan itu merupakan pengampunan kepada para tahanan, sebahagian upacara keagamaan yang bakal berlangsung minggu depan.

Myanmar lazimnya memberikan pengampunan kepada ribuan tahanan setiap kali ketibaan hari cuti umum atau perayaan keagamaan.

Sementara itu, BBC yang memetik kenyataan sumber pegawai penjara melaporkan pemimpin itu mungkin dipindahkan ke kediaman yang biasanya digunakan oleh pegawai kerajaan.

Bagaimanapun, peguam Suu Kyi dan jurucakap kerajaan Perpaduan Nasional tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Dilaporkan, penerima Hadiah Nobel berusia 78 tahun itu berada dalam tahanan sejak penahanannya pada awal 2021.

Kerajaan Suu Kyi digulingkan pada 1 Februari 2021 dalam rampasan kuasa tentera selepas memenangi pilihan raya umum pada November 2020.

Orang ramai mengecam tindakan penyingkiran dan rampasan kuasa dilakukan oleh tentera.

Malah, tentera melancarkan tindakan keras terhadap individu yang menentang pemerintahan junta sehingga mengakibatkan ribuan orang dipenjara atau dibunuh. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN