Singapura terima kapal selam kelas Invicible pertama - Utusan Malaysia

Singapura terima kapal selam kelas Invicible pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable, di Pangkalan Tentera Laut Changi, menurut kenyataan kementerian pertahanan negara itu, lapor Xinhua.

Kapal selam baharu itu akan menjalani beberapa siri ujian di laut tempatan dan persediaan untuk beroperasi sepenuhnya.

Impeccable, yang dilancarkan di Jerman Disember lalu, adalah satu daripada empat kapal selam kelas Invincible yang direka untuk operasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk di Singapura, kata kementerian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN