Russia dakwa tembak jatuh lima dron Ukraine

Russia tembak jatuh lima dron Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pihak berkuasa Russia mendakwa pasukan tenteranya berjaya menembak jatuh lima dron Ukraine di wilayah Moscow.

Malah, Russia menyifatkan serangan itu sebagai `tindakan pengganas’ yang mengganggu operasi lapangan terbang antarabangsa Vnukovo.

“Cubaan rejim Kyiv untuk menyerang kawasan mempunyai pelbagai infrastruktur awam termasuk sebuah lapangan terbang antarabangsa dilihat sebagai tindakan pengganas,” kata Jurucakap Kementerian Luar, Maria Zakharova menerusi Telegram.

Terdahulu, tentera Russia mendakwa pihaknya menembak jatuh kesemua lima dron milik Ukraine.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut tentera Russia, sistem pertahanan anti-udara memusnahkan empat dron milik Ukraine.

“Dron kelima pula dineutralkan dengan cara elektronik sebelum terhempas,” jelasnya.

Lapor agensi berita RIA Novosti, perkhidmatan kecemasan mengesahkan sebuah dron berjaya dineutralkan di Kubina, kira-kira 40 kilometer (km) dari Vnukovo.

Beberapa penerbangan pula diminta menukar laluan untuk mendarat di lapangan terbang lain.

RIA Novosti melaporkan dua dron ditembak jatuh berhampiran kampung Valuevo di New Moscow. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN