Rakyat Arab Saudi boleh jemput rakan Islam buat umrah

Rakyat Arab Saudi boleh jemput rakan Islam buat umrah

RAKYAT Arab Saudi boleh menjemput rakan Islam mereka untuk lakukan umrah menggunakan visa melawat peribadi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Rakyat Arab Saudi boleh menjemput rakan Islam mereka dari luar negara untuk melakukan umrah menerusi ‘visa melawat peribadi’.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah, visa itu boleh dimohon secara dalam talian dan boleh digunakan untuk kemasukan tunggal atau banyak kali.

Selain melakukan rukun umrah di Masjidilharam di Mekah dan melawat Masjid Nabawi di Madinah, pengunjung juga boleh melawat beberapa pusat pelancongan lain di seluruh Arab Saudi.

Lapor Arab News, permohonan visa melawat peribadi boleh dibuat melalui platform visa di bawah kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi.

Kemasukan tunggal sah digunakan selama 90 hari, manakala kemasukan berulang pula boleh bertahan selama setahun.

Pengunjung dengan kemasukan berulang boleh duduk di negara ini sehingga 90 hari bagi setiap kunjungan.

Kelmarin, Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengumumkan negara ini sudah bersedia menerima kumpulan jemaah pertama bagi musim umrah tahun ini.

Umrah bermula beberapa minggu selepas ibadah haji selesai dilakukan dan para jemaah sudah pulang ke negara masing-masing.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan kesesakan di semua lokasi penting dan lapangan terbang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya