Polis sambut kepulangan bekas PM Thailand

Polis sambut kepulangan bekas PM Thailand

THAKSIN (kanan) bergambar bersama anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang ketika ini hidup dalam buangan, merancang untuk pulang ke negara itu pada 10 Ogos depan.

Perkara itu diumumkan oleh anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra menerusi satu hantaran di media sosial.

“Ayah akan pulang pada 10 Ogos ini di Lapangan Terbang Don Muang.

“Beliau membuat keputusan untuk pulang ke tanah air sejak awal tahun lalu,” katanya.

Bekas pemimpin berusia 74 tahun itu mungkin berdepan hukuman penjara dan krisis politik berpanjangan selepas pilihan raya umum Mei lalu.

Thaksin memperoleh kekayaan dalam perniagaan telekomunikasi dan pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand dari 2001 sehingga beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006.

Beliau kini hidup dalam buangan selepas meninggalkan Thailand pada tahun 2008 untuk mengelakkan berdepan hukuman penjara atas tuduhan penyelewengan wang.

Parti Pheu Thai yang disokong oleh Thaksin kini cuba membentuk kerajaan di Thailand, selepas menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum pada 14 Mei.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn berkata Thaksin akan tertakluk kepada proses kehakiman selepas beliau kembali ke negara.

“Polis akan menjalankan tugas mereka seperti biasa apabila pesawat mendarat.

“Beliau perlu pergi ke mahkamah dan mendengar keputusan penghakiman,” katanya.

Thaksin berdepan hukuman penjara selama 10 tahun bagi beberapa kes yang mana beliau disabitkan oleh mahkamah agung.

Thaksin sebelum ini pernah menyatakan akan kembali ke Thailand pada Julai namun ia ditangguhkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN