Pengalaman menderita anoreksia bawa tuah kepada ratu cantik UK

Pengalaman menderita anoreksia bawa tuah kepada ratu cantik UK

ALISHA COWIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang model yang pernah dibuli kerana menderita anoreksia ketika zaman remajanya, kini menjadi antara ratu cantik paling berjaya di United Kingdom (UK).

Alisha Cowie, 23, dari County Durham menjadi individu berjaya selepas memenangi gelaran Miss International UK lima tahun setelah dinobatkan sebagai Ratu England.

Lapor Daily Mail, Alisha pernah dibuli oleh rakan sekelasnya yang menyebabkannya terpaksa menjaga makan sehingga berat badannya hanya mencecah 38.10 kilogram (kg) ketika berusia 13 tahun.

Alisha dibuli sejak berusia lima tahun oleh kanak-kanak lain yang melabelnya sebagai gemuk.

Wanita itu juga pernah dibuli kerana `terlalu kurus’ selepas dia berjaya menurunkan berat badannya ketika sedang belajar di sekolah menengah.

Alisha mengakui berasa trauma akibat buli teruk itu sehingga dia menghadiri kelas pada waktu ditetapkan untuk mengelak daripada berjumpa kanak-kanak lain demi keselamatannya selepas pernah dibaling batu.

Malah, katanya, gambar yang mempopularkan lagi anoreksia di Instagram turut mendorongnya untuk mencederakan diri sendiri, selain pernah terfikir membunuh diri semasa berdepan kesusahan ketika meminta bantuan.

Kini, Alisha berjaya mengatasi semua masalah ini selepas dinobatkan sebagai Miss International UK kira-kira lima tahun setelah memenangi Miss England pada tahun 2018.

Alisha merupakan satu-satunya wanita yang memenangi dua pertandingan berprestij sekaligus menjadikannya antara ratu cantik paling berjaya di Britain.

Beliau yang juga merupakan jurugambar profesional, berjaya memukau hati para juri untuk muncul di peringkat akhir Miss International pada Oktober.

Alisha menewaskan 56 peserta finalis lain dalam acara Miss International UK yang diadakan di Warrington.

Beliau akan mewakili UK dalam pertandingan Miss International yang akan diadakan di Jepun pada Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN