Pelihara Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear

Pelihara Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear

RETNO MARSUDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia mengulangi gesaan supaya semua pihak berkaitan perlu berusaha keras memelihara rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas senjata nuklear, lapor portal berita Antara.

Semasa mempengerusikan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-56 di Jakarta kelmarin, menterinya, Retno Marsudi menyatakan bahawa dunia kini menyaksikan tahap risiko penggunaan senjata nuklear yang lebih tinggi berbanding sebarang tempoh dalam sejarah baru-baru ini.

“Tiada senjata yang lebih kuat dan merosakkan daripada senjata nuklear, dengan senjata itu, hanya satu kesilapan boleh cetuskan ‘malapetaka global’,” katanya.

Beliau menyatakan, Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) menyumbang kepada usaha bersama dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau ini melalui pelucutan senjata global.

Bagaimanapun, Retno turut melahirkan rasa kesal kerana tiada satu pun negara senjata nuklear menandatangani protokol Perjanjian SEANWFZ yang ditandatangani oleh negara anggota ASEAN 25 tahun lalu.

Protokol itu sendiri digubal dalam usaha mempelawa lima kuasa nuklear – China, Russia, Perancis, United Kingdom, dan Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai usaha menzahirkan Asia Tenggara sebagai rantau yang bebas daripada senjata nuklear.

Namun, Retno menegaskan ASEAN harus terus maju ke hadapan untuk mencapai matlamat berkenaan kerana beliau melihat ancaman tersebut semakin hampir.

Pada tahun 1995, semua anggota ASEAN menandatangani Perjanjian SEANWFZ, juga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok.

Perjanjian itu mewajibkan negara menandatanganinya untuk tidak ‘membangun, mengeluarkan atau sebaliknya memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear, menempatkan atau mengangkut senjata nuklear, atau menguji atau menggunakan senjata nuklear’.

Sementara itu, China menyatakan kesediaannya untuk menandatangani protokol berkenaan walaupun tiada tindakan konkrit dilihat setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN