MFP enggan sertai parti tentera bentuk kerajaan Thailand

MFP enggan sertai parti tentera bentuk kerajaan Thailand

PEMIMPIN Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat bercakap kepada penyokongnya di Pattaya, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Parti Move Forward (MFP) tidak berhasrat menyertai kerajaan bersama United Thai Nation atau Palang Pracharath kerana mendakwa pemimpin kedua-dua parti itu mengetuai rampasan kuasa.

MFP mencapai kata putus selepas mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen mereka mengenai situasi politik semasa dan kedudukan parti itu untuk menyertai kerajaan.

MFP mendakwa bekas anggota utama United Thai Nation, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan ketua Palang Pracharath, Jeneral Prawit Wongsuwan, mengetuai rampasan kuasa pada 2014 dan mahu kekal berkuasa untuk meluluskan Perlembagaan 2017.

Prayut baru-baru ini mengumumkan beliau akan berhenti daripada politik dan meletak jawatan daripada United Thai Nation.

Keputusan pilihan raya umum Mei lalu menyaksikan MFP mencatat kemenangan besar berbanding parti lain.

Selepas itu, MFP bersama lapan parti lain membentuk pakatan yang mempunyai 312 kerusi Parlimen.

MFP bagaimanapun, menarik diri daripada membentuk kerajaan selepas pemimpinnya Pita Limjaroenrat, yang juga calon Perdana Menteri, tidak mendapat undi Parlimen yang mencukupi.

Ia kemudian menyerahkan tugas membentuk kerajaan kepada Pheu Thai.

Pada hujung minggu lalu, Pheu Thai menjemput pelbagai pihak dari luar gabungan itu untuk mengadakan pertemuan.

Dua daripadanya ialah United Thai Nation dan Palang Pracharath.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN