Lelaki curi mesin basuh, peti sejuk untuk bayar ansuran motosikal kekasih - Utusan Malaysia

Lelaki curi mesin basuh, peti sejuk untuk bayar ansuran motosikal kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH: Seorang lelaki di Langsa, Aceh, ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, demi membantu membayar duit ansuran motosikal yang dibeli kekasihnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Langsa Timur, Iptu Aulia Budiman, kejadian berlaku di sebuah rumah di Desa Meurandeh Tengoh, Kota Langsa pada Sabtu lalu.

“Suspek mengaku mencuri kerana memerlukan wang untuk membayar balik ansuran motor kekasihnya,” kata Aulia seperti yang dilaporkan Detik.com.

Difahamkan, suspek memasuki rumah tersebut ketika penghuninya melawat suaminya yang berada di hospital.

Menurut Aulia lagi, suspek dan mangsa tinggal di kampung yang sama. Keluarga mangsa juga maklum kejadian kecurian itu selepas melihat peti sejuk dan mesin basuh di rumah berkenaan hilang.

Mangsa kemudian membuat laporan ke Polsek Langsa Timur dan suspek ditangkap di rumahnya pada petang Isnin. Identiti suspek dikesan kerana kejadian berkenaan dirakam oleh CCTV.

“Pendedahan kes kecurian mengambil masa tidak sampai lapan jam dari tarikh kes dilaporkan,” jelas Aulia lagi.

Suspek dan bukti kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langsa Timur. Polis didakwa dengan Perkara 363 Kanun Jenayah berhubung kecurian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN