Jumlah pengundi Indonesia bertambah menjelang Pemilu 2024

Jumlah pengundi Indonesia bertambah menjelang Pemilu 2024

DIANGGARKAN 204 juta pengundi dari dalam dan luar negara mengundi dalam pilihan raya umum 2024. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengundi merupakan komponen terpenting dalam mana-mana pilihan raya umum sesebuah negara dan dalam sistem demokrasi, pengundi terdiri daripada masyarakat yang sudah memenuhi syarat berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Di Indonesia, penduduk yang berusia 17 tahun ke atas dibenarkan mengundi mengikut syarat yang ditetapkan.

Bagi menentukan siapa yang berhak mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) akan melakukan Daftar Pengundi Tetap (DPT) setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Dalam tempoh 20 tahun, jumlah pengundi di negara ini dilaporkan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Pada pilihan raya umum 2009, KPU mendedahkan seramai lebih 170 juta pengundi yang sudah mendaftar dengan 169 juta daripadanya terdiri daripada pengundi dalam negara dan selebihnya rakyat Indonesia yang bermastautin di luar negara.

Lima tahun kemudian, jumlah pengundi bertambah menjadi lebih 190 juta orang, manakala pusat pembuangan undi meningkat kepada 545,778.

Pada pilihan raya 2019, jumlah pengundi direkodkan terus bertambah menjadi 192 juta orang melibatkan pengundi dalam dan dari luar negara.

Selain itu, jumlah pengundi juga dijangkakan meningkat pada pilihan raya tahun depan dan diramalkan lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum itu.

Pada tahun depan, dianggarkan sebanyak 204 juta pengundi sudah mendaftar dengan 102.2 juta daripadanya merupakan pengundi lelaki dan selebihnya adalah pengundi wanita.

Pusat pembuangan undi juga bertambah menjadi 823,220 di seluruh negara, termasuk di luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN