Gua Hira dicemari vandalisme, pihak berkuasa Riyadh beri amaran - Utusan Malaysia

Gua Hira dicemari vandalisme, pihak berkuasa Riyadh beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan memberi amaran kepada individu yang membuat sebarang kerosakan secara sengaja terhadap kemudahan awam di negara itu akan dikenakan hukuman.

Memetik laporan CNN Indonesia, amaran itu dikeluarkan selepas sebuah klip video memaparkan tindakan vandalisme yang memaparkan tulisan ‘Depok’ di dinding Gua Hira, tular di media sosial.

Rakaman tersebut merupakan sebahagian daripada video yang dimuat naik oleh Husein Ja’far Al Haidar atau yang biasa dipanggil Habib Ja’far di saluran YouTube Jeda Nulis bertajuk “Mengapa Depok di Gua Hira”.

Ja’far memaklumkan, proses mendaki Gua Hira sepatutnya penuh dengan nilai kerohanian namun terganggu dengan sampah dan vandalisme.

“Antara yang saya kesalkan di atas batu-batu denai mendaki Gua Hira berlaku vandalisme, contengan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Dan beberapa pelaku vandalisme jelas orang Indonesia, kerana lihat mereka, nama Rojali, Andriyani, Miftah, dan Depok, silakan.” Katanya.

Sementara itu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Eko Hartono memaklumkan sekiranya pelaku vandalisme ditangkap, mereka boleh didenda dan dipenjara.

Memetik Gulf News, jika didapati bersalah, pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda maksimum Rp.401 juta (RM121,695.68).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya