Dua maut, 12 cedera jambatan runtuh di Bangkok

Dua maut, 12 cedera jambatan runtuh di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 12 lagi cedera selepas sebahagian jambatan yang dalam pembinaan, runtuh di jalan Luang Phaeng, daerah Lat Krabang di Bangkok.

Lapor Bangkok Post, bahagian jambatan bertingkat sepanjang 500 meter yang merentasi persimpangan Wat Polmanee, runtuh ke atas jalan di bawahnya kira-kira pukul 6 petang, semalam.

Segmen itu merupakan sebahagian projek jalan bertingkat Onnut-Lat Krabang sepanjang 2.2 kilometer (km) dibawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Siasatan awal mendapati sebuah kren yang mengangkat bahagian bongkah konkrit itu, terbalik sehingga menyebabkan struktur itu terjatuh lalu menimpa kenderaan dan bangunan komersial di tepi jalan.

Dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian apabila segmen jambatan itu runtuh.

Laluan Jalan Luang Phaeng terpaksa ditutup manakala insiden itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan tersebut.

Rakaman video yang disiarkan oleh Jabatan Pencegahan Bencana menunjukkan struktur jambatan itu runtuh sehingga menyebabkan kepulan asap.

Sementara itu, Timbalan Gabenor Bangkok, Wisanu Subsompon berkata, kejadian itu mungkin disebabkan oleh kren yang tidak seimbang.

“Kerja-kerja pembinaan akan dihentikan sementara waktu sehingga siasatan selesai,” katanya. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN