Bekalan oksigen terputus, peluang temukan pelombong masih hidup tipis

Bekalan oksigen terputus, peluang temukan pelombong masih hidup tipis

PASUKAN penyelamat membuat benteng bagi menghalang air sungai masuk ke dalam lubang lombong di Banyumas, Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUMAS: Operasi mencari dan menyelamat lapan pelombong yang terperangkap dalam lubang lombong emas masih belum berhasil dan peluang menemukan kesemuanya masih hidup tipis.

Pasukan penyelamat memaklumkan, bekalan oksigen tidak lagi dapat disalurkan kepada semua pelombong itu memandangkan paip yang digunakan sudah ditenggelami air.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Cilacap, Adah Sudarsa memaklumkan, paip oksigen yang dipasang dalam lubang lombong itu tidak lagi berfungsi selepas lubang itu dinaiki air setinggi 60 meter.

“Setakat ini, bekalan oksigen tidak dapat lagi dibekalkan ke dalam lubang itu kerana paip yang digunakan terendam air.

“Keadaan itu tidak bagus untuk semua pelombong yang masih terperangkap kerana bekalan oksigen yang tidak mencukupi boleh membawa maut,” katanya.

Selain itu, anggota penyelamat juga tidak dapat turun ke dalam lubang itu kerana terlalu sempit.

Permukaan lubang itu mempunyai diameter 1×1, namun bahagian dalam lubang itu memiliki diameter 90 sentimeter x 70 sentimeter dengan kedalamannya mencapai antara 40 hingga 60 meter.

Jelas Adah, operasi menyelamat perlu dilakukan secara ‘tandem’ namun langkah itu mustahil dilakukan kerana lubang lombong yang terlalu sempit.

“Kami masih belum menemukan jalan bagaimana untuk membawa keluar semua pelombong itu kerana pasukan penyelamat tidak boleh turun ke dalam lubang.

“Keadaan yang sempit menyukarkan operasi menyelamat secara tandem dilakukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, kamera yang digunakan untuk melihat keadaan semua pelombong juga berdepan kesukaran apabila air keruh menyebabkan tahap penglihatan terhad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN