Bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam beg plastik digonggong anjing - Utusan Malaysia

Bayi perempuan baru lahir ditemukan dalam beg plastik digonggong anjing

PERMOHONAN dibuat berdasarkan pembetulan maklumat dalam Sijil Kelahiran melalui Seksyen 15 (1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 Pindaan (2016). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Berita penemuan seorang bayi perempuan yang baru lahir dalam beg sampah plastik hitam yang digonggong seekor anjing liar, berhampiran bangunan perbandaran di Tripoli mengejutkan seluruh Lebanon.

Seorang pejalan kaki dilaporkan melihat anjing itu menggonggong beg plastik berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

Lelaki itu berjaya mengambil beg daripada anjing itu dan mendapati ada bayi di dalamnya.

Bayi itu mengalami lebam di seluruh badan dan dikejarkan ke Hospital Amal Islam sebelum dipindahkan ke Hospital Pemerintah Tripoli,selepas perkhidmatan keselamatan dan pihak berkuasa kehakiman dimaklumkan mengenai kes itu.

Menurut laporan Arab News, bayi itu baru beberapa jam dilahirkan ketika ditemukan.

Tidak diketahui dengan tepat bila bayi itu ditinggalkan dan keadaan bayi itu disifatkan serius tetapi stabil.

Wartawan kanan di Tripoli, Ghassan Rifi berkata, beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu sepanjang kerjayanya.

“Biasanya, apabila seseorang mahu membuang bayi, mereka akan meletakkannya di hadapan rumah anak yatim atau balai polis.

“Mungkin juga individu yang melakukannya sengaja mahu membiarkan bayi malang itu dimakan anjing liar yang banyak berkeliaran di kawasan ini. Mujur bayi itu diselamatkan oleh lelaki yang kebetulan berada di sana,” kata Ghassan

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan bayi itu akan ditempatkan di rumah anak-anak yatim selepas sembuh sepenuhnya.

Wakil Persatuan Bantuan dan Pembangunan Tripoli, Abdulrahman Darwish berkata, seorang bayi baru lahir pernah ditinggalkan di taman awam di Tripoli semasa musim panas sekitar lima tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya