Bakar al-Quran: Iran enggan terima duta baharu Sweden - Utusan Malaysia

Bakar al-Quran: Iran enggan terima duta baharu Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN – Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian menegaskan negara ini tidak akan menerima Duta Sweden yang baharu berikutan tindakan Stockholm meluluskan permohonan aktivis untuk mencemarkan kitab suci al-Quran di negara Skandinavia itu.

Menurut Hossein, larangan itu berdasarkan arahan dikeluarkan Presiden Ebrahim Raeisi.

Tambah Hossein, misi diplomatik Sweden di Teheran telah ditamatkan sehingga negara itu mengambil langkah serius dan berkesan untuk menangani insiden bakar al-Quran yang dihalalkan atas nama kebebasan bersuara.

“Kami tidak akan menerima duta baharu Sweden yang dijangka tiba di Teheran dalam masa beberapa hari lagi.

“Kami juga tidak akan menghantar duta ke negara itu sebagai tanda protes,” ujar Hossein.

Pada Khamis lalu, pelarian Iraq, Salwan Momika sekali lagi mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila bertindak memijak dan menendang senaskhah salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm.

Bulan lalu, Salwan yang dipercayai bekas ejen Mossad (agensi perisikan Israel) bertindak membakar al-Quran di hadapan sebuah masjid di Stockholm semasa umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya