Angkara dadah: Hayat Saridewi berakhir di tali gantung - Utusan Malaysia

Angkara dadah: Hayat Saridewi berakhir di tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura semalam melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang wanita yang disabit kesalahan mengedar dadah, sekali gus menjadi hukuman gantung pertama melibatkan wanita dalam tempoh 20 tahun.

Menerusi kenyataan, Biro Pusat Narkotik memaklumkan, pesalah, Saridewi Binte Djamani menjalani hukuman gantung semalam.

Wanita berusia 45 tahun itu disabit kesalahan mengedar dadah jenis heroin seberat 30.72 gram, iaitu lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dikenakan hukuman mati di republik ini.

Saridewi dikenakan hukuman tersebut pada 2018 mengikut undang-undang yang ditetapkan, selain diberikan perkhidmatan guaman sepanjang perbicaraan dilakukan.

“Saridewi pernah membuat rayuan mengenai pendakwaan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya, namun Mahkamah Rayuan menolak permohonannya pada 6 Oktober 2022.

“Permohonannya untuk merayu pengampunan presiden juga tidak berhasil,” menurut biro tersebut.

Saridewi menjadi wanita pertama yang dihukum gantung sejak 2004.

Wanita itu merupakan banduan ke-15 yang menjalani hukuman mati sejak kerajaan Singapura ‘memulakan semula’ hukuman tersebut pada Mac 2022, iaitu dua tahun dihentikan sementara akibat pandemik Covid-19.

Seorang lagi banduan, Mohd. Aziz Hussain, 57, digantung pada Rabu lalu bagi kesalahan yang sama, iaitu mengedar 50 gram heroin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN