Wanita hidup sendiri di pulau tidak berpenghuni

Wanita hidup sendiri di pulau tidak berpenghuni

PULAU kecil dikenali sebagai Vigur terletak di luar pantai barat Iceland. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Seorang wanita yang membeli sebuah pulau terpencil di Iceland tampil mendedahkan kisah kehidupan keluarganya tinggal bersendirian di pulau kecil yang tidak berpenghuni itu.

Lapor Daily Mail, Felicity Aston, 45, membeli pulau kecil dikenali sebagai Vigur yang terletak di luar pantai barat Iceland, kira-kira empat tahun lalu.

Katanya, dia bersama dua ahli keluarganya merupakan satu-satunya penduduk yang menetap di pulau terpencil itu.

“Hanya saya bersama suami, Gizli dan anak, Thrainn yang berusia enam tahun menetap di pulau itu,” katanya.

Felicity yang merupakan penjelajah kutub dan saintis tidak mendedahkan harga pembelian pulau seluas 45 hektar itu.

Namun, pada masa itu, pulau tersebut dianggarkan berharga AS$2.6 juta (RM12.15 juta).

Pulau terpencil itu dilengkapi dengan sebuah kediaman 10 bilik tidur, beberapa bangunan luar dan hak pertanian sepenuhnya.

Selain itu, beberapa ciri luar biasa dikesan di pulau kecil itu antaranya satu-satunya kincir angin di Iceland iaitu monumen dilindungi sejak 1860-an, bot tertua negara itu yang dibina pada 1800 dan pejabat pos terkecil di Eropah.

Menurut Felicity, dia meraih pendapatan hasil daripada menternak dan menjual itik serta menyambut pelancong untuk singgah sebentar atau bermalam di rumah tamu mereka.

Pulau Vigur yang terletak kira-kira 3 kilometer (km) dari tanah besar, menerima kunjungan hampir 10,000 pelancong setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN