Ribuan hadiri pengebumian Berlusconi - Utusan Malaysia

Ribuan hadiri pengebumian Berlusconi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Beribu-ribu orang menghadiri upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang akan diadakan di Milan.

Berlusconi meninggal dunia Isnin lalu pada usia 86 tahun dan upacara pengebumiannya akan diadakan di katedral Gothic Duomo di bandar itu.

Berlusconi dilaporkan menderita kanser darah sejak beberapa tahun lalu, walaupun beliau kekal sebagai Ketua Parti Sayap Kanan, Forza Italia yang juga merupakan ahli kerajaan campuran Perdana Menteri, Giorgia Meloni.

“Cinta atau benci , anda perlu mengakui bahawa beliau adalah kuasa semula jadi. Itali tidak akan sama lagi selepas ketiadaannya,” kata bekas Perdana Menteri, Matteo Renzi.

Presiden, Sergio Mattarella, Meloni dan Ketua Liga Sayap Kanan, Matteo Salvini dijangka menghadiri pengebumian itu, manakala Kesatuan Eropah (EU) akan diwakili oleh pesuruhjaya ekonominya, Paolo Gentiloni.

Berlusconi yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah pascaperang Itali, dipilih semula ke Senat tahun lepas dan beliau terkenal kerana mencetus pelbagai kontroversi di pentas antarabangsa.

Bendera diturunkan separuh tiang di semua bangunan awam sejak Isnin lalu sebagai penghormatan kepada beliau.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN