Rancang rompakan di stesen minyak gara-gara mahu pulang awal - Utusan Malaysia

Rancang rompakan di stesen minyak gara-gara mahu pulang awal

ISAIAS JONES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang kerani stesen minyak di Tulsa, Oklahoma ditahan polis selepas didakwa sengaja merancang kes rompakan di tempat kerjanya gara-gara berasa letih dan memerlukan alasan untuk pulang lebih awal.

Menurut Oddity Central, Isaias Jones menghubungi Jabatan Polis Tulsa 5 Jun lalu, melaporkan seorang lelaki bertopeng membawa senjata api masuk ke kedai di stesen minyak berkenaan. 

Jones mendakwa perompak itu mengancam untuk menembaknya jika dia tidak memberikan semua duit di dalam mesin wang premis itu. 

Jones mengakui mematuhi arahan tersebut sebelum perompak bertopeng itu meninggalkan premis berkenaan. 

Kamera pengawasan mengesahkan laporan yang dibuat Jones dan rakaman itu juga membantu polis menangkap perompak berkenaan.

Bagaimanapun, perompak itu memberitahu penyiasat bahawa dia hanyalah ‘orang suruhan’ dan mendedahkan, seorang wanita bernama Alyia Locke yang mengarahkan rompakan itu.

Jones akhirnya ditahan selepas mengakui dia yang mengupah Locke mencari seseorang untuk menyamun stesen minyak itu kerana mahu pulang awal pada hari kejadian.

Locke dan Jones kini dilaporkan ditahan di Penjara Daerah Tulsa atas kesalahan penyelewengan serta konspirasi untuk melakukan jenayah, sementara perompak yang terbabit dalam rompakan itu didakwa di mahkamah kerana memiliki senjata api. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN