Ramai orang muda Arab ingin tinggal di UAE

Ramai orang muda Arab ingin tinggal di UAE

PEMANDANGAN udara menunjukkan bangunan pencakar langit, Burj Khalifa di Dubai. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) disenaraikan sebagai negara pilihan pertama yang ingin didiami bagi kebanyakan golongan muda dari Arab.

Lapor Agensi Berita Emirates, UAE menduduki tangga teratas untuk 12 tahun berturut-turut dalam kaji selidik The Arab Youth.

Kaji selidik itu juga menunjukkan warga Arab berumur 18 hingga 24 tahun memilih UAE sebagai model yang patut dicontohi oleh negaranya. 

Kaji selidik tahunan itu dijalankan oleh perundingan komunikasi ASDA’A BCW yang membabitkan lebih 200 juta belia.

Kira-kira seorang daripada empat belia Arab iaitu 24 peratus menamakan UAE sebagai negara pilihan untuk didiami.

Ia diikuti Amerika Syarikat (AS) yang berada pada tempat kedua dengan mencatatkan 19 peratus, Kanada di tangga ketiga (19 peratus), Qatar (keempat, 14 peratus) dan United Kingdom (kelima, 13 peratus).

Buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun, Qatar disenaraikan dalam senarai lima model negara terbaik.  

“Kemunculan Qatar dalam kalangan lima model negara terbaik untuk didiami perlu diberi perhatian.

“Ini mencerminkan kesan positif hasil penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 pada November dan Disember tahun lalu.

“Temasya bola sepak berprestij itu memberi kelebihan kepada ekonomi serantau dan kebanggaan Arab,” kata pengasas ASDA’A BCW, Sunil John.   

Sekitar 22 peratus anak muda Arab pula memilih UAE sebagai model patut dicontohi oleh negaranya. 

Dilaporkan, beberapa faktor menyumbang kepada pemilihan UAE sebagai negara pilihan bagi kebanyakan golongan muda Arab.

Berdasarkan tinjauan belia Arab di 18 wilayah, antara ciri utama yang menjadi faktor penyumbang adalah keselamatan, ekonomi berkembang, kepimpinan efektif, persekitaran bersih dan mudah memulakan perniagaan.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya