Rakyat negara Teluk boleh masuk UK dengan harga murah

Rakyat negara Teluk boleh masuk UK dengan harga murah

PENGUNJUNG dari Arab Saudi, negara Teluk lain dan Jordan hanya perlu membayar 10 pound (RM57.10) untuk memohon ETA. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Skim Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA) yang diperkenalkan oleh United Kingdom (UK) bakal membolehkan rakyat dari negara Teluk mengunjungi negara itu dengan lebih murah.

Lapor Saudi Gazette, rakyat dari Arab Saudi, negara Teluk lain dan Jordan hanya perlu membayar 10 pound (RM57.10) untuk memohon ETA.

Permohonan itu membolehkan mereka mengunjungi UK selama beberapa kali dalam tempoh dua tahun.

Ketika ini, di bawah Skim Pengecualian Visa Elektronik (EVW), rakyat negara Teluk membayar sebanyak 30 pound (RM171.39) setiap kali melancong ke UK, manakala warga Jordan pula membayar 100 pound (RM 571.31) untuk visa lawatan.

Skim baharu itu dijangka dilancarkan untuk warga Qatar pada Oktober depan.

“Bagi negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Jordan pula, skim itu akan dilancarkan pada Februari tahun depan sebelum diperluaskan ke seluruh dunia,” jelas laporan itu.

Awal tahun ini, kerajaan UK mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan skim ETA yang baharu sebahagian usaha pendigitalan sempadan negara itu menjelang 2025 serta meningkatkan lagi keselamatan di sempadan.

ETA merupakan kebenaran untuk melakukan perjalanan bagi individu yang mengembara atau transit melalui UK yang tidak memerlukan visa penginapan singkat, atau yang tidak memegang visa UK lain.

Skim ETA yang baharu itu secara tidak langsung menunjukkan keperluan visa bagi warganegara dari negara GCC dan Jordan akan dimansuhkan.

Malah, syarat dibawah skim baharu itu juga sejajar dengan pelancong lain termasuk dari AS dan Australia.

Dilaporkan, permohonan skim ETA itu amat mudah dan pantas, dengan keseluruhan proses itu boleh dilakukan menerusi aplikasi telefon mudah alih.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya