Presiden AS terjatuh buat kali keempat - Utusan Malaysia

Presiden AS terjatuh buat kali keempat

JOE Biden dipapah selepas terjatuh semasa majlis graduasi Akademi Tentera Udara AS di utara Colorado Springs kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terjatuh di khalayak umum buat kali keempat ketika majlis graduasi Akademi Tentera Udara di Colorado kelmarin.

Walaupun beliau hanya tertawa dan mengaku tidak mengalami sebarang kecederan, insiden terbaharu itu dilihat mampu menjejaskan peluang beliau untuk pemilihan semula selepas ramai bimbang tentang umur dan keadaan kesihatannya.

Jika Biden menang pada pilihan raya 2024, beliau akan berusia 86 tahun pada penghujung penggal kedua sebagai Presiden AS.

Dalam kejadian itu, Biden dilaporkan tersandung beg pasir yang diletakkan di atas pentas ketika menyerahkan diploma kepada anggota kadet.

Beliau dilihat tersungkur ke lantai sebelum beberapa pegawai tentera dan anggota Perkhidmatan Rahsia bergegas memegang tangan dan memapahnya untuk bangun kembali.

Ketua Komander Tentera AS berusia 80 tahun itu juga sekali lagi dilihat terhantuk kepalanya pada bingkai pintu pesawat ketika beredar meninggalkan lokasi berkenaan pada hari yang sama.

Beberapa minggu lalu, Biden dilihat terjatuh ketika mengadakan lawatan di Kuil Itsukushima di Hiroshima, Jepun.

Biden turut berdepan insiden serupa semasa menaiki anak tangga pesawat Air Force One pada Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Selma di Alabama dan sekali lagi pada 2021.

Beliau juga pernah dilaporkan jatuh dari basikal berhampiran rumah peranginan di kawasan pantai Delaware Jun tahun lalu namun didakwa tidak cedera dalam semua insiden memalukan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya