Penduduk Mesir cecah 105 juta orang - Utusan Malaysia

Penduduk Mesir cecah 105 juta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Populasi Mesir mencecah 105 juta orang semalam berdasarkan pusat data kelahiran dan kematian yang disediakan kerajaan negara ini.

Pada 1 Oktober 2022, pusat data itu menunjukkan jumlah populasi Mesir adalah seramai 104 juta orang, sekali gus menunjukkan pertambahan sejuta orang dalam tempoh 245 hari atau bersamaan lapan bulan dan lima hari.

“Peningkatan jumlah populasi sehingga sejuta dalam masa lapan bulan amat membimbangka.

“Tahap pertumbuhan populasi seperti itu boleh menghalang pembangunan di negara ini,” kata Pakar Pusat Demografik di Kaherah, Fatima Mahmoud.

Jelasnya, kerajaan Mesir sentiasa berusaha untuk menguruskan pertambahan jumlah penduduk kerana ia boleh menjejaskan sumber dan peruntukan negara.

Pandangan serupa turut dilontar dalam laporan terbaharu Yayasan Maat yang menyifatkan peningkatan jumlah penduduk Mesir ‘memberi kesan negatif’ kepada keupayaan negara ini untuk mencapai pembangunan mampan.

“Pelbagai kesan boleh berlaku akibat pertumbuhan pesat jumlah populasi di sesebuah negara seperti perbelanjaan negara meningkat sehingga boleh menyebabkan pengangguran, pengurangan gaji dalam sektor awam dan swasta, kenaikan harga rumah, kemerosotan kemudahan awam,” jelas laporan tersebut.

Namun, pakar ekonomi dan sains politik di Universiti Kaherah, Dr. Alia al-Mahdi pula berpandangan pertambahan pendudk tidak semestinya menjadi penghalang kepada pembangunan ekonomi.

Katanya, jumlah penduduk yang ramai boleh menjadi faktor positif untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi mampan sekiranya negara menggunakan semua sumber secara berkesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.