Pencuri motosikal langgar tiang elektrik, dipukul orang ramai - Utusan Malaysia

Pencuri motosikal langgar tiang elektrik, dipukul orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Seorang pencuri motosikal bertemu buku dan ruas apabila dia dipukul orang ramai selepas motosikal curi yang dinaikinya terbabas lalu melanggar tiang lampu elektrik.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Cileungsi, Bogor.

Ketua Polis Cileungsi, Zulkarnaen mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek sudah pun ditahan.

“Insiden bermula apabila suspek yang dikenali sebagai Hamzah mencuri sebuah motosikal yang diparkir di tempat letak kenderaan di Cibarusah.

“Suspek berjaya menghidupkan motosikal itu dan ketika mahu melarikan kenderaan tersebut, aksinya dikesan seorang saksi lalu memberitahu kepada pemilik motosikal berkenaan.

“Pemilik dan rakannya mengejar suspek menggunakan motosikal lain dan ketika itu, motorsikal ditunggang suspek hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik, menyebabkan dia jatuh tercampak,” ujar Zulkarnaen.

Mengetahui suspek merupakan pencuri, orang ramai yang berada di kawasan sekitar terus memukulnya dan menghubungi polis.

Sementara itu, polis turut merampas beberapa barangan milik suspek yang diprcayai digunakan untuk mencuri motosikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN