Lelaki turun berat badan, 100 hari makan McDonald’s

Lelaki turun berat badan, 100 hari makan McDonald’s

KEVIN Maginnis menunjukkan perbezaan tubuhnya sebelum dan selepas menamatkan cabaran diet unik memakan separuh hidangan McDonald’s selama 100 hari.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki berusia 57 tahun dari Tennessee mendakwa berjaya menurunkan berat badan dengan menikmati hidangan makanan segera dari McDonald’s selama lebih tiga bulan.

Kevin Maginnis tular di saluran media minggu ini selepas menjelaskan bagaimana dia menurunkan sebanyak 26.6 kilogram (kg) dengan memakan tiga hidangan harian dari McDonald’s selama 100 hari.

Maginnis yang tinggal di Nashville, memberitahu stesen televisyen tempatan WSMV, dia memakan hanya memakan separuh daripada set hidangan yang dipesan untuk mengehadkan pengambilan kalori semasa eksperimennya itu.

Maginnis mendakwa, dia tidak mengalami kegemukan walaupun menikmati menu-menu seperti Big Mac, quarter pounder, kentang goreng, pai epal dan produk lain untuk hidangan sarapan, makan tengah hari dan malam.

Dalam rancangan NBC’s Today, Maginnis turut menjelaskan bagaimana dia mengelakkan makanan ringan di antara waktu makan dan hanya minum air kosong.

“Hasilnya, berat badan saya turun daripada 108 kg kepada 81.4 kg manakala angka risiko kolesterol, gula darah dan serangan jantung saya juga bertambah baik.

“Saya sebelum ini mengalami pradiabetes, namun diet unik ini membantu saya untuk turun ke dalam julat yang sihat sekarang,” katanya.

Menurut Maginnis, isterinya turut menyertai diet itu selama beberapa hari dan berjaya menurunkan berat badan sekitar 9 kg.

Lapor The Guardian, doktor yang dihubungi bagaimanapun memberi amaran diet yang dilakukan lelaki itu mungkin tidak sesuai untuk semua golongan sebaliknya menggesa orang ramai untuk memberi tumpuan kepada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan lain yang tidak diproses.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya